Kali pertama dengar Roti Golok, terus tertanya-tanya roti apa yang namanya begitu unik ini? Paling terkejut, ia merupakan roti yang berasal dari Kelantan tau.
Roti Golok dinamakan sebegitu kerana rupa bentuknya yang unik dan dikatakan berasal dari Golok iaitu kawasan sungai di sempadan yang memisahkan Malaysia (Kelantan) dengan Thailand (Narathiwat).
Jika ingin tahu bagaimana rasanya Roti Golok ini, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Intan Safina Samad di Facebook.
Baca juga: Donut Bomboloni Anti Gagal, Hasil Jadi Gebu Gebas Dengan Resipi Ini!
RESIPI ROTI GOLOK
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung roti atau high protein
- 1 cawan air suam
- 1 paket yis
- 2 sudu susu pekat
- 1 sudu gula
- 2 hingga 3 sudu butter
- 2 sudu susu tepung
- 1 biji telur
- Sedikit garam
Cara-cara:
1. Campurkan yis, air, gula dan susu pekat, biarkan yis rehat dan berbuih.
2. Campurkan planta, susu tepung dan telur ke dalam bekas berisi tepung, kemudian kacau sebati atau uli.
3. Curah bancuhan yis sedikit demi sedikit ke dalam tepung tadi mengikut pada keperluan tepung. Ada masa tak perlu guna semua air bancuhan yis tadi, asalkan uli jadi doh yang lembut dan tak melekat pada tangan pun sudah memadai.
4. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
5. Selepas itu, tumbuk-tumbuk doh yang sudah kembang tadi dan uli sehingga cantik licin, kemudian bolehlah dibentuk dan diletakkan dalam tray.
6. Rehatkan doh sekali lagi selama 20 minit.
7. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150ºC.
8. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan butter dan tabur dengan gula halus. Siap untuk dinikmati!
Anda akan terkejut apabila melihat hasil Roti Golok yang cukup gebu dengan topping butter dan gula menjadikannya lemak manis yang cukup rasa.
Selamat mencuba!
Sumber: Intan Safina Samad
Baca juga: Resepi Roti Boy Homemade Gebu, Aroma Kopinya Memikat Sungguh