rembayung

Hari ini secara rasminya restoran yang paling dinantikan tahun ini, Rembayung milik pempengaruh masakan kegemaran ramai, Khairul Aming, telah dibuka.

Media sosial mula dibanjiri dengan perkongsian pengunjung terawal. Salah satu ulasan yang menarik perhatian adalah daripada pengguna wthiqah_ yang memberikan honest review tentang kualiti makanan dan suasana di sana.

Kalau anda bercadang mahu ke sana, jom tengok menu mana yang ‘padu’ dan yang mana yang ‘biasa-biasa’ mengikut tekak pengunjung hari pertama!

Baca juga: Khairul Aming Buka Restoran Pertama ‘Rembayung’, Pelaburan RM4 Juta Di Tengah KL

NETIZEN BAGI RATING JUJUR REMBAYUNG KHAIRUL AMING

rembayung

Berikut merupakan skor oleh pengguna media sosial itu:

  • Daging lemak 6/10 – Daging liat, rasa smoky kuat sangat
  • Ayam lemak 9/10 – Pedas berdesing telinga, ayam banyak ketul tapi dapat banyak bahagian isi
  • Siakap sambal 10/10 – Pedas dan sedap cukup rasa
  • Udang sambal 10/10 – Manis pedas, petai banyak, udang siap buang tahi dan segar
  • Telur dadar 7/10 – Rasa terlampau banyak perasa, nak match dengan lauk lain rasa banyak sangat rasa
  • Sayur lemak 100/10 – Sumpah sedap, pekat rasa macam laksam
  • Terung sambal 10/10 – Sedap cukup rasa, tak pedas sangat. Terung masak ngam-ngam saja tak lembik sangat
  • Ulam & sambal 10/10 – Rasa sambal tempoyak & belacan onpoint, kena makan dengan nasi dan lauk
  • Cucur udang 100/10 – Udang besar, fresh dan siap bersih usus udang, kuah kacang pun sedap cukup rasa
  • Buah campur asam boi 10/10 – Dessert lepas makan, rasa refreshing

rembayung

Selain makanan, Rembayung turut dipuji dari segi pengalaman pelanggan:

  • Suasana: Kedai sangat cozy dan nyaman, sesuai untuk makan bersama keluarga.
  • Portion: Saiz hidangan bagi setiap lauk adalah banyak dan memuaskan.
  • Servis: Staf sangat mesra, malah dipuji kerana pandai mengambil foto buat pelanggan!

Secara keseluruhan, Rembayung nampaknya berjaya menambat hati pelanggan. Walaupun ada sedikit ruang penambahbaikan untuk menu daging, namun menu lain nampaknya sangat berbaloi untuk dicuba.

Sumber: Thread @wthiqah_

Baca juga: Khairul Aming Berjaya Catat Rekod Baharu, RM1 Juta Rendang Nyet ‘Sold Out’ Dalam 19 Saat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN