
Khairul Aming memang tak pernah berhenti mencipta kejutan! Terbaharu, usahawan dan pempengaruh terkenal itu berjaya mencatat rekod jualan terpantas baharu apabila produknya, Rendang Nyet, terjual sebanyak RM1 juta dalam masa hanya 19 saat!
Sebelum ini, ramai menganggap jualan tersebut mengambil masa 30 saat, tetapi menurut pengesahan rasmi daripada TikTok Shop dan Malaysia Book of Records, jumlah RM1 juta itu sebenarnya dicapai dalam masa 19 saat sahaja. Fuh, memang laju betul jari rakyat Malaysia!
Baca juga: Video Memasak Pertemu Khairul Aming & PM New Zealand, Siap Sarapan Bersama!
KHAIRUL AMING CATAT REKOD BAHARU, RENDANG NYET RAIH RM1 JUTA DALAM 19 SAAT

Dalam satu video di media sosial, Khairul Aming turut berkongsi rasa syukur dan teruja dengan pencapaian luar biasa itu.
Hey, what’s up guys, So, selepas kita dapat official data verification daripada TikTok Shop dan juga Malaysia Book of Records, Hari ini terbukti secara rasmi yang mana untuk launching rendangnya hari itu, Kita capai jualan RM1 juta dalam masa 19 saat dan bukannya 30 saat.
Ini pencapaian sangat luar biasa, kita tak boleh brain betapa lajunya jari korang semua. Tapi, 19 saat guys, kita berjaya sold out RM1 juta terpantas di Malaysia. Thank you so much for your support. And teruskan support local product dan thank you kepada yang support Rendang Nyet Berapi.
Tambah beliau lagi, kejayaan ini bukan hanya miliknya seorang, tetapi hasil sokongan berterusan daripada semua pelanggan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong produk tempatan.
Kejayaan ini sekali lagi membuktikan bahawa produk tempatan juga mampu bersaing dan mendapat tempat di hati pengguna, terutama apabila dikendalikan dengan kualiti tinggi dan pemasaran kreatif seperti yang dilakukan oleh Khairul Aming.
Sumber: Khairul Aming
Baca juga: Khairul Aming Perjelas Isu Pekerja Bertudung Pakai ‘Hair Net’, Tak Sangka Rupanya Sebab Ini…
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














