khairul aming buka restoran

Selepas setahun menyimpan rahsia, akhirnya selebriti masakan dan usahawan terkenal, Khairul Aming buka restoran pertamanya di Kuala Lumpur.

Dengan pelaburan mencecah RM4 juta, KA membina restoran masakan kampung ini daripada asas di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, hanya 9 minit dari KLCC.

Menurut KA, ini merupakan pelaburan tunggal terbesar beliau untuk satu projek. “Selepas 10 tahun aktif dalam dunia online, akhirnya saya bersedia melangkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan bagi perancangan 10 tahun seterusnya,” katanya.

Baca juga: Khairul Aming Berjaya Catat Rekod Baharu, RM1 Juta Rendang Nyet ‘Sold Out’ Dalam 19 Saat!

Khairul Aming Buka Restoran Pertama, Dedah Konsep Dan Reka Bentuk Restoran

Restoran yang diberi nama Rembayung ini direka untuk menampung sehingga 250 pengunjung pada satu masa dan mempunyai dua tingkat. Konsep semi-glass house digabungkan dengan elemen kampung menjadi identiti utama restoran ini.

Pelanggan akan merasai suasana kampung di tengah-tengah kota, dengan elemen kayu, daun hijau dan kipas mega yang memberikan rasa sejuk serta angin bertiup seperti di desa.

“Apabila anda melangkah masuk, kami mahu pengalaman ini bukan sahaja visual tetapi juga dari segi suasana. Malah, dari jalan utama, pelanggan boleh melihat KLCC dan restoran kami dari jauh,” jelas KA.

Dapur Berteknologi Tinggi Dan Peluang Pekerjaan

khairul aming buka restoran

Dari segi dapur, lebih separuh juta ringgit diperuntukkan untuk memastikan chef-chef bekerja dalam ruang yang selesa dengan peralatan terkini.

Dengan persediaan rapi, KA dan pasukannya memastikan proses perekrutan 50 pekerja tempatan berjalan lancar. Menariknya, ramai daripada mereka hanya mengetahui identiti sebenar restoran selepas diterima bekerja, menambahkan elemen kejutan dan pengalaman unik.

“Dari mula memasak seorang diri di atas lantai rumah, kini kami berjaya membina restoran di tengah Kuala Lumpur dan memberi peluang pekerjaan kepada 50 anak tempatan.

Harapan kami, Rembayung bukan sahaja menjadi destinasi kuliner rakyat Malaysia tetapi juga tarikan pelancong dari seluruh dunia untuk mencuba juadah kampung kebanggaan kita,” tambah KA.

Pembukaan Rembayung menandakan permulaan era baru bagi Khairulaming dalam dunia perniagaan fizikal, melengkapkan perjalanan beliau yang telah bermula secara atas talian.

Restoran ini diharap menjadi simbol gabungan kreativiti, tradisi dan inovasi dalam seni kuliner Malaysia.

Video penuh:

Sumber: Khairulaming

Baca juga: Video Memasak Pertemu Khairul Aming & PM New Zealand, Siap Sarapan Bersama!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN