Bagi peminat chef Gordon Ramsay, ada berita baik sebab Gordon Ramsay Bar & Grill dilaporkan akan mula dibuka pada esoki (18 Jun 2022) di Sunway Resort, Petaling Jaya! Hiks!
Merupakan restoran pertama yang dibuka diluar UK dan dekorasi dalamannya boleh dikatakan agak elegan dan classy dengan memaparkan portrait The Rolling Stones, Mick Jagger, hero Bond 007, dan ramai lagi.
Lebih menarik lagi, menu klasik seperti Beef Wellington Gordon Ramsay yang terkenal itu bakal dihidangkan di restoran ini!
Baca juga: Jom Cuba Buat Stik Daging Lembu
Walaupun restoran ini menarik perhatioan ramai untuk mengunjungnya, ada di kalangan warganet yang masih was-was dengan status halal.
Ramai di antaranya yang menanyakan adakah ia mempunyai sijil halal dari JAKIM.
Walau bagaimanapun, ada netizen menjelaskan bahawa restoran ini tidak menyediakan makanan berasaskan khinzir (no pork / no lard).
Menerusi laporan Have Halal With Travel, semua bahan masakan dan mentah dari restoran Gordon Ramsay Bar & Grill ini adalah supplier makanan yang halal.
Tapi, bagi restoran yang menghidangkan minuman keras, memang tak akan dapat sijil halal JAKIM.
Jadi, min rasa terpulang pada masing-masing lah untuk merasa atau tak. Tapi kalau dapat jumpa Gordon Ramsay depan mata, mesti korang nak selfie jugak kan? Ahaks.
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…