Mini tat dengan krim yogurt. Acuan yang diguna untuk bentuk tart ni adalah acuan muffin yang bersaiz kecil. Kalau guna acuan muffin yang saiz biasa boleh dapat 12 biji.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Yogurt Tart

Mini tat dengan krim yogurt. Acuan yang diguna untuk bentuk tart ni adalah acuan muffin yang bersaiz kecil. Kalau guna acuan muffin yang saiz biasa boleh dapat 12 biji.

BAHAN-BAHAN

  • Kulit tat:
  • 100g gula halus
  • 1 biji telur
  • 200g tepung gandum
  • 150g mentega
  • Krim yogurt:
  • 220g yogurt biasa
  • 100g gula
  • 1 biji kuning telur
  • *2 sudu besar tepung jagung/’corn starch’
  • *1 sudu besar tepung gandum
  • 250g susu
  • 15g mentega
  • 2 sudu besar jus lemon
CARA PENYEDIAAN
  • Kulit tat: Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau biar sebati. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digunakan.
  • Krim yogurt: Masukkan susu ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga hampir mendidih. Tutupkan api.
  • Masukkan yogurt, telur dan gula ke dalam mangkuk dan kacau.
  • Kemudian masukkan bahan (*) yang telah diayak. Kacau serata.
  • Campurkan susu panas tadi sikit demi sikit sambil dikacau.
  • Tapis semula masukkan ke dalam periuk susu tadi.
  • Panaskan semula sehingga pekat. Kemudian, padamkan api.
  • Akhir sekali masukkan mentega dan juga jus lemon. Kacau biar sebati.
  • Tat yogurt: Keluarkan kulit tat tadi. Bahagikan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat.
  • Sapukan acuan muffin dengan mentega. Ambik sebiji tat tadi, buat bentuk leper. Kemudian tekan-tekan masukkan ke dalam acuan muffin. Buat lubang kat tengah.
  • Isikan dengan krim yogurt. Bakar selama 25~30 minit dengan suhu 180C.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN