Udang lagi..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Udang Goreng Kacang Panjang

Udang lagi..

BAHAN-BAHAN

  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • Sebatang cili merah (dihiris serong)
  • 7 batang kacang panjang (dihiris serong)
  • 7 ekor udang (dibuang kulit – tinggalkan bahagian ekor)
  • Sedikit kicap pekat manis
  • Sedikit sos tiram
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan udang. Gaul udang bersama dengan serbuk kunyit & garam.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang besar yang dihiris tadi hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan udang & kacau sekejap hingga udang bertukar warna.
  • Perasakan dengan kicap manis, sos tiram, garam & gula.
  • Kacau sebati & masukkan kacang panjang & cili merah yang telah dihiris tadi.
  • Gaul rata & siap untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN