Sesuai dimakan semasa sejuk.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Triffle Kastad Dan Koktel
Sesuai dimakan semasa sejuk.
BAHAN-BAHAN
- Satu tin buah-buahan koktel
- Satu tin susu cair
- 2 sudu kastad
- Sebiji telur (ambik kuning sahaja)
- Jus oren atau kordial oren # cadangan Sunquick mangga / oren
- Satu kek gulung perisa oren
- Satu paket jeli oren
- 2 sudu gula
CARA PENYEDIAAN
- Susun kek gulung ke dalam bekas. #Kalau nak cantik, guna kek gulung mini dan jangan potong. Susun dalam bekas lutsinar.
- Bancuh jus oren setengah cawan. #Rasa dulu kemudian ketepikan.
- Masukkan susu cair dalam kuali (api perlahan dan kacau selalu. Jangan sampai berketul). Tunggu menggelegak.
- Bancuh tepung kastad dalam cawan bersama 1/2 cawan air sampai larut.
- Masukkan bancuhan kastad ke dalam susu yang menggelegak.
- Masukkan 2 sudu gula (boleh dikurang atau ditambah mengikut tahap manis yang diingini).
- Masukkan kuning telur yang dah dipukul.
- Masukkan jus oren (kira-kira dua sudu makan Sunquick oren). #Rasa dulu. Kalau tak cukup manis dan tak cukup rasa orennya, tambah la lagi).
- Tunggu sampai likat kemudian sejukkan sebentar (agak-agak la sejuknya. Jangan sampai dah berketul plak. Suam-suam kuku la) dalam 3 minit dah cukup.
- Dalam periuk lain, masak jeli mengikut cara yang tertulis kat belakang plastiknya.
- Ambik balik kek gulung yang dah disusun dalam bekas tadi.
- Curah jus oren dan sirap koktel atas kek (jangan sampai banjir. Cuma basahkan aje).
- Masukkan adunan kastad yang dah sedikit sejuk. Ratakan.
- Masukkan buah-buahan koktel tanpa sirap. Tekan sedikit.
- Tuang adunan jeli.
- Ratakan buah-buahan yang terjojol. Kalau nak cantik dan sedap lagi, pastikan buah-buah tu ditenggelami jeli.
- Masukkan dalam peti sejuk.
- Beberapa cadangan:
*Guna buah-buahan koktel dalam tin berwarna hijau. Tak ingat jenama la. Tapi buah dalam tu agak menarik macam buah pic, ceri, nenas dan lain-lain. - *Jus/kordial , kek gulung dan jeli boleh ditukar ikut selera. Sebaiknya kalau nak triffle perisa oren, jadi jus/kordial, kek gulung dan jeli kena la perisa oren jugak.
- *Masa masak kastad, ada jugak orang bubuh perisa vanila, tapi nak jimat guna je kordial yang ada.
- *Kalau nak triffle sedikit keras dan senang dipotong, masa masak jeli tu campurkan sedikit agar-agar. Dah masak, bubuh sedikit atas kek (agak-agak jangan sampai banjir dan hancur kek tu. Asalkan basah, sudah memadai).
- *Beli sekotak kek gulung mini yang ada gambar Mickey Mouse.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.