promosi merdeka 2022

Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65 bakal tiba tak lama lagi!

Seperti biasa, apabila tiba sambutan hari yang cukup istimewa ini, pelbagai promosi dan diskaun menarik sudah dijangka akan ditawarkan termasuklah di premis makanan dan minuman.

Berikut merupakan beberapa promosi menarik yang tidak patut anda lepaskan:

1. Tealive

Dapatkan diskaun sebanyak 31% dengan setiap pembelian signature coffee dari Tealive.

Promosi bermula dari 17 hingga 31 Ogos 2022 sahaja. Promosi sah untuk pembelian walk-in dan self-pickup sahaja.

2. MyKori

Nikmati tawaran istimewa RM31 untuk 2 set Kenko Kakigori dan percuma 2 sudu Gelato.

Promosi sah dari 15 hingga 30 Ogos 2022 dan sah untuk dine-in sahaja.

Promosi ini juga tidak boleh digunakan pada hujung minggu dan cuti umum.

3. Boat Noodle

Khas untuk peminat Sangkaya Boat Noodle, promosi ‘Merdeka Special’ akan berlangsung pada 29 hingga 31 Ogos 2022 di semua cawangan dengan harga hanya RM6.50 sahaja!

Promosi ini adalah tertakluk pada terma dan syarat yang dinyatakan.

4. Subway

Promosi Subway ‘Merdeka Lagi Onz’ menawarkan 6 cookies dengan harga hanya RM10 dari 24 Ogos 2022 hingga 6 September 2022.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati soft-dough cookies paling sedap ini!

5. Secret Recipe

Secret Recipe kembali dengan tawaran hebat untuk anda pada Merdeka ini. Nikmati potongan kek kedua anda dengan hanya RM6.50.

Promosi hanya sah pada 31 Ogos 2022 sahaja bermula dari 12PM hingga 5PM. Jom serbu Secret Recipe nanti!

6. J.Co Donuts

Tawaran yang paling ditunggu-tunggu dari J.CO kembali lagi tahun ini!

Dapatkan 2 dozen donut anda dengan hanya RM39 dan RM11 untuk sebarang minuman.

Promosi sah dari 29 hingga 30 Ogos 2022.

7. Ayamas

Sempena Hari Kemerdekaan ke-65 ini, Ayamas menawarkan harga promosi untuk seekor ayam panggang berharga RM31.80 sahaja. Promosi ini hanya sah pada 31 Ogos 2022 untuk take-away sahaja.

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN