sambal tumis sardin

Mari buat Sambal Tumis Sardine yang simple dan mudah ini. Apabila tiada idea untuk memasak, lauk sardin tin sedap juga dimakan bersama nasi panas-panas.

Sardin merupakan satu jenis makanan proses yang enak dan senang untuk disiapkan. Pada masa dahulu, sardin adalah makanan yang murah dan mudah didapati di kedai runcit, tetapi kini harganya telah meningkat, menjadikannya ia antara makanan tin yang mahal.

Baca juga: Sardin Tin Makin Mahal? Wanita Ini Kongsi Resipi Sardin Guna ‘Pressure Cooker’

Sardin tidak hanya sedap apabila dimasak, tetapi ia juga boleh disimpan untuk tempoh yang lama. Oleh itu, setiap rumah biasanya mempunyai stok sardin sebagai penyelamat apabila kehabisan stok lauk di rumah.

Ikan sardin dalam tin bukan hanya boleh digunakan untuk membuat sambal, tetapi juga boleh dimasak menjadi kari, kuah laksa, dan pelbagai hidangan lain. Makanan tin yang biasa-biasa sahaja apabila dimasak dapat bertukar menjadi sangat sedap.

RESIPI SAMBAL TUMIS SARDINE

sambal tumis sardin

Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin kecil
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar bawang merah (dikisar atau tumbuk)
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu cili sos
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 biji bawang hollang (saiz kecil)
  • Sedikit gula (optional)

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan cili blend sehingga garing atau pecah minyak.

2. Selepas itu, masukkan sos tiram, sos cili, dan sos tomato. Kacau seketika.

3. Masukkan kuah sardin yang dalam tin. Masak seketika.

4. Kemudian masukkan sedikit gula, jika perlu dan tambahkan sedikit air.

5. Masukkan hirisan bawang Holland, kalau nak pedas boleh masukkan hirisan cili.

6. Apabila semua bahan dah dimasukkan, akhir sekali baru masukkan ikan sardin. Masak sekejap dan tutup api.

7. Bila masak ikan sardin tin ini, tak perlu nak kacau sangat sebab ikan mudah hancur. Cuma masukkan dan biarkan sekejap, dah boleh tutup api. Bila siap, goreng telur dadar dan makan dengan nasi panas-panas.

sambal tumis sardine

Selamat mencuba.

Sumber: Wan Luqman

Baca juga: Tip Goreng Sardin Tak Meletup, Tambah Bahan INI Dulu Sebelum Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN