Resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tom Yam Seafood

Resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • Ketam 4 ekor
  • Sotong 4 ekor
  • Udang sedehana besar
  • Kubis 1/4 biji
  • Cendawan tiram atau cendawan butang
  • Lobak merah
  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang merah 2 ulas
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia
  • Serai sebatang dititik
  • Daun limau purut
  • Asam limau atau asam gelugor
  • Sos ikan
  • Kiub tom yam Knorr
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan masukkan dalam periuk.
  • Masukkan air, rebus bahan yang ditumbuk bersama serai yang dititik, daun limau purut (sekiranya mahu gunakan asam gelugor boleh dicampur sekali masa merebus) dan kiub tom yam.
  • Bila menggelegak dan naik bau boleh masukkan makanan laut serta sayuran yang lain.
  • Apabila semua hampir masak, boleh la dimasukkan sos ikan lebih kurang 2 sudu besar serta garam secukup rasa.
  • Boleh la dihidangkan dengan menabur daun sup/daun bawang dan dimakan bersama nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN