Satu lagi versi buat tiramisu… ringkas…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tiramisu
Satu lagi versi buat tiramisu… ringkas…
BAHAN-BAHAN
- 2 bungkus biskut tiramisu/’sponge fingers’/’boudoir’
- 250g krim keju
- 250g krim putar
- 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis)
- Satu cawan bancuhan air Nescafe (tanpa gula)
- Serbuk koko/coklat untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
- Satukan krim keju, krim putar dan gula. Pukul hingga kembang.
- Celupkan biskut ke dalam bancuhan Nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar.
- Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. (Gambar di atas cuma 2 lapisan je tau tu…).
- Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hiaskan dengan taburan koko/coklat di atasnya ikut suka.
- *** Tiramisu saya nampak krimnya agak tebal di atas kerana saya kehabisan biskut jadi saya buat 2 lapisan saja dan letak semua krim di atas lapisan yang kedua tadi…
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.