Resepi dari neneknda Dayang Halimah…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Tempoyak goreng pedas
Resepi dari neneknda Dayang Halimah…
BAHAN-BAHAN
- 300g tempoyak (yang masam sikit)
- 3sb cili kering (yang diblender halus)
- 20biji cili api (ikut citarasa nak pedas cam maner)-(ditumbuk)
- 6 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 1 ulas bawang besar ( dipotong 4 & dihiris )
- segenggam ikan bilis (basuh & toskan.tumbuk bersama bawang)
- segenggam udang kering (rendam dengan air panas jap.pastu toskan)
- 8sb gula (digaul bersama tempoyak..ikut citarasa nak kurang or tambah)
- Garam secukup rasa
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/2sk serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN
- Mula-mula,gaulkan tempoyak dan gula.biarkan sekejap.
- Tumbuk bersama bawang putih,merah,cili api & ikan bilis.
- Gunakan api yang sederhana,panaskan minyak & masukkan cili kering yang diblender tadi hingga angkat baunya.
- Lepas cili kering dah mengeluarkan aromanya,masukkan pula udang kering yang telah direndam tadi.Gaul seketika.
- Kemudian,masukkan pula bahan tumbuk,bawang besar & serbuk kunyit. Goreng bahan hingga garing.
- Selepas bahan tumbuk garing, masukkan tempoyak & gaul rata..(biar bahan-bahan tadi mesra bersama tempoyak)
- Setelah itu,masukkan garam & gaul lagi..Rasakan manis & masin tempoyak itu.
- Apabila rasa masin & manisnya dah cukup & tempoyak pun dah masak,hidangkan bersama nasi panas….
- Selamat menjamu selera…..:)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.