aroma kacangnya best, rasa macam rojak pun ada..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tauhu Masam Manis Berkacang

aroma kacangnya best, rasa macam rojak pun ada..

BAHAN-BAHAN

  • 5 keping tauhu
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3-4 sudu besar kacang tanah tumbuk
  • minyak masak secukupnya
  • garam
  • gula
CARA PENYEDIAAN
  • Tauhu digoreng separuh garing. Letak sedikit garam ke dalam minyak untuk elakkan minyak mercik. Angkat tauhu dan toskan minyak. Tauhu dipotong 4 setiap keping.
  • Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  • Tumis bawang putih hingga garing, masukkan cili kisar, sos cili dan sos tomato. Masak hingga pecah minyak. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tauhu, gaulkan. Masukkan 3 sudu kacang tumbuk, gaul lagi. Masukkan bawang besar, tutup kuali selama setengah minit, tutup api. Siap.
  • Masa menghidang, taburkan lagi sedikit serbuk kacang tanah. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN