Musim raya nanti memang tak sah kalau tak ada cornflakes madu kan? Setiap rumah memang wajib ada sebab ini adalah antara kuih raya yang menjadi kegemaran orang ramai. Korang tahu tak sebenarnya nak buat cornflakes madu mudah sangat, gaul je semua bahan dan masuk dalam oven 5 minit dah siap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Irene Lee di Facebook.

PENULIS

najahnurul

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

15 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

CORNFLAKES MADU

Musim raya nanti memang tak sah kalau tak ada cornflakes madu kan? Setiap rumah memang wajib ada sebab ini adalah antara kuih raya yang menjadi kegemaran orang ramai. Korang tahu tak sebenarnya nak buat cornflakes madu mudah sangat, gaul je semua bahan dan masuk dalam oven 5 minit dah siap. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Irene Lee di Facebook.

BAHAN-BAHAN
  • 250 g mentega

  • 3 sudu besar gula pasir

  • 7 sudu besar madu

  • 3 sudu besar susu pekat

  • chocolate rice / bijan  /kacang tanah hiasan sprinkle

  • 500 g cornflakes

Kredit: Irene Lee

CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan mentega ,gula, madu dan susu sehingga berbuih dalam kuali. Rehatkan dahulu sehingga suam.

  • Curah ke dalam cornflakes dan gaul rata.

  • Isikan dalam mangkuk kertas menggunakan sudu dan tabur hiasan. Bakar selama 5 minit dah sejuk baru simpan dalam balang kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.