sbenarnya tat nenas, tp,,bentuknya seakan buah.. xpasti buah apa yg sewaktu dgn nya.. buah salak ke, durian ke nona.. blasah je lah, janji sedap & menarik. ramai yg order utk hantaran…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

tart nenas /nona kakbesah

sbenarnya tat nenas, tp,,bentuknya seakan buah.. xpasti buah apa yg sewaktu dgn nya.. buah salak ke, durian ke nona.. blasah je lah, janji sedap & menarik. ramai yg order utk hantaran…

BAHAN-BAHAN

  • utk jem nenas;
  • 3 biji nenas besar – diparut, diletak dlm penapis supaya kurang airnya. xpayah ditekan, biar ia menitik sndiri.
  • 3 cawan gula pasir (cwn kopi zaman dulu tu..)
  • 1/2 sudu teh garam & 1 sudu teh cuka
  • utk pastry;
  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan gula icing
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3 biji kuning telur – dipukul dgn garfu
  • 4 sudu makan air paip & 1 sudu teh pewarna kuning
  • 2 – 21/2 buku butter(500g – 625 g) atau lebih (tkut nk kena tmbah plk nnti..
  • *kuning telur utk disapu di atasnya*
  • kederat, semangat & kerajinan tahap maximum..hehe..
CARA PENYEDIAAN
  • dlm kuali, masak nenas parut hingga kering airnya, pastu masukkan gula, garam & cuka. sentiasa kacau hingga menjadi jem yg kental ala2 inti kuih koci gitu..
  • masukkan dlm bekas bertutup & simpan dlm fridge. supaya mudah utk digentel nnti.
  • dlm mangkuk kecil campur sebati telur, air paip & pewarna kuning. ketepikan.
  • dlm bekas besar, ayak tepung gandum, tepung jagung & gula icing, campurata2. campurkan pula butter, gaul ramas dgn hujung jari, tambah butter hingga agak2 bila dikepal bleh melekat.
  • basahkan doh dgn memasukkan campuran telur + air + pewarna tadi. uli perlahan hingga menjadi doh yg lembut & bleh dibentuk. tambah butter lagi jika perlu.
  • masukkan doh dlm plastik & rehatkan dlm fridge sehingga diperlukan.
  • ~pada satu hari yg indah & damai.. bleh la buat kuih tart…~
  • mula2 keluarkan doh pastry dari fridge & biar kpd suhu bilik.
  • lepastu keluarkan pula jem nenas dari fridge & sejuk2 tu terus digentel bulat2 kecil hingga habis – ketepikan.
  • ambil sedikit doh 2 kali ganda besar bulatan jem tadi, bulat2kan, pastu leperkan, masukkan jem, kelim kemas & bentukkan agak bujur.
  • gunting bentuk v dari atas ke bawah secara selang seli. buat sampai habis. susun atas dulang pembakar yg tlh disapu mentega.
  • panaskan oven 145’c. sapu kuning telur atas tart, letak sebiji coklat cip knon2 sbagai tampuk /batang.
  • bakar hingga masak lbehkurang 30 – 40 minit.
  • opps lupa.. air tapisan nenas jgn dibuang, didihkn bersama gula pastu simpan dlm esbox. bleh dijadikan jus nenas. campurkan ais secukup rasa… nyamann & menyegarkan..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN