Musim cempedak datang lagi…bolehlah cuba…atau guna isi durian bila musim durian utk menggantikan cempedak.. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Talam Seri Cempedak / Durian™

Musim cempedak datang lagi…bolehlah cuba…atau guna isi durian bila musim durian utk menggantikan cempedak.. :)

BAHAN-BAHAN

  • LAPIS BAWAH :-
  • 140 g tepung beras
  • 55 g tepung jagung
  • 125 g gula halus
  • 900 ml santan cair (200ml KARA + air)
  • 1/2 sk air mawar (akak bubuh esen vanilla)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna merah atau hijau
  • LAPIS SERIKAYA :-
  • 5 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 250 g gula halus (boleh kurangkan jika cempedak dah manis)
  • 500 ml santan pekat (300ml KARA + air)
  • 170 g isi cempedak/durian
  • 1/4 sk garam
  • sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk memudahkan kerja…bancuh dulu adunan lapis atas dan bawah berasingan baru mulakan process memasak.Panaskan periuk kukusan.
  • Satukan bahan2 lapis bawah,kacau rata dan tapis.Tuangkan ke dalam periuk.(utk lapisan bawah akak biarkan warna plain)
  • Untuk serikaya…Kisar cempedak/durian dan santan hingga halus.Di dalam mangkuk,kacau telur dan gula hingga gula larut.Masukkan tepung,kisaran santan dan cempedak,garam dan warna kuning.Kacau hingga tepung tak berbintil.
  • Loyang disapu minyak dan dipanaskan dalam kukusan.Bahan2 lapisan bawah dimasak hingga berwap dan tuangkan ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
  • Masak pula adunan lapisan serikaya hingga hampir pekat dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus semula hingga masak di atas api sederhana.
  • Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang.
  • Potong setelah sejuk dan hidangkan.
  • Talam Serimuka Durian :-

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN