Saya kongsikan resepi ini untuk semua diluar sana. Saya merupakan peserta program #NikmatRamadhan 2016 yang dianjurkan oleh My Resepi. Saya temui resepi ini di blog dapur Kak Yah. Jadi saya kongsikan bersama kalian :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Talam Jalamas

Saya kongsikan resepi ini untuk semua diluar sana. Saya merupakan peserta program #NikmatRamadhan 2016 yang dianjurkan oleh My Resepi. Saya temui resepi ini di blog dapur Kak Yah. Jadi saya kongsikan bersama kalian :)

BAHAN-BAHAN

  • 130 ml air
  • 125 g gula merah
  • 25 g gula pasir
  • 2 biji telur
  • 90 g tepung beras
  • 40 g tepung gandum
  • 10 g tepung ubi
  • 200 ml santan
  • garam
  • pewarna choc
  • perisa pandan
  • 80 g tepung beras
  • 60 g hong kwe peutih
  • 600 ml santan [ 200 ml santan kara + air ]
  • 40 g gula
  • 60 g sohoon
CARA PENYEDIAAN
  • [Bahan A] – Air gula
    – 130 ml air
    – 125 g gula merah
    – 25 g gula pasir
  • [Bahan B] – Lapisan Choc
    – 2 biji telur
    – 90 g tepung beras
    – 40 g tepung gandum
    – 10 g tepung ubi
    – 200 ml santan
    – secubit garam
    – pewarna choc
    – perasa pandan
  • [Bahan C] – Lapisan Tengah

    – 80 g tepung beras –
    – 60 g hong kwe putih
    – 600 ml santan [ 200 ml santan + air untuk jadikan 600 ml] – 40 g gula

  • [Bahan D] – 60 g sohoon
  • Bahan A dimasak untuk mendapatkan air gula. Kemudian, campurkan ia dengan Bahan B. Setelah siap, bahagikan kepada dua untuk dijadikan lapisan atas dan bawah.
  • Bahan D ( 60 g sohoon) direndam bersama air panas dan pewarna kuning. Setelah lembut, gunting ia secara halus.
  • Masak bahan C hingga pekat. Kemudian, angkat daripada dapur dan campurkan bersama sohoon yang telah digunting halus tadi.
  • Saya gunakan loyang 10 x 10 tapi talam tu agak nipis. Jadi, gunakan loyang 8 x 8. Kalau nak guna loyang 10 x 10, anda perlu buat dua kali ganda adunan talam tersebut.
  • Kukus talam mengikut (gambar) lapisan choc, lapisan tengah (bahan C + sohoon) dan lapisan choc selama 15 minit.
  • Inilah hasilnya. [Maaf untuk warna lapisan tengah tu. Sebab kehabisan Hong Kwe Putih, saya gunakan warna Hijau.] Siap dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba !

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN