Resipi harian utk keluarga,sedap di makan dgn roti atau dimakan begitu saja dan cicah dgn sambal kicap cili padi….Sup yg tidak menggunakan rempah hanya menggunakan sedikit biji buah pala utk mendapatkan kelainan rasa…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Sup Tulang/Ekor™

Resipi harian utk keluarga,sedap di makan dgn roti atau dimakan begitu saja dan cicah dgn sambal kicap cili padi….Sup yg tidak menggunakan rempah hanya menggunakan sedikit biji buah pala utk mendapatkan kelainan rasa…

BAHAN-BAHAN

  • 2 kilo tulang kaki kambing/ekor lembu * – potong kecil(utk ekor) dan cuci bersih
  • 2 helai daun pandan *
  • 2 batang serai *- dititik
  • 1 ibu jari halia*- diketuk
  • 3 biji bawang besar – dikisar
  • 6 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 ibu jari halia – dikisar
  • 1/2 biji buah pala – di tumbuk halus
  • 1 sb lada hitam – ditumbuk halus
  • daun sup dan daun bawang – dihiris untuk tabur
  • bawang goreng – untuk tabur
  • garam secukup rasa
  • minyak masak untuk menumis
  • Kentang,Carrot,Celery – dipotong ikut suka.
  • BAHAN TUMIS:-hirisan bawang merah dan bawang putih,kulit kayu manis,cengkih,pelaga..
  • Secukup air untuk merebus tulang dan untuk kuah
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus tulang bersama bahan2 yang bertanda* dgn secukup air hingga daging pd tulang empuk.
  • Panaskan sedikit minyak didalam periuk dan tumis bahan2 tumis hingga wangi dan masukkan bahan2 yg dikisar dan ditumbuk halus dan kacau rata hingga terbit minyak dan masukkan rebusan tulang bersama secukup supnye,kacau rata dan tambahkan garam secukup rasa.Masukkan kentang, carrot.celery dan masak hingga sayur2an empuk.
  • Ketika menghidang, tabur daun sup dan daun bawang yang dihiris dan juga bawang goreng.
  • **Tulang kaki kambing/ekor lembu boleh diganti dengan tulang rusuk atau isi daging lembu ikut selera.Satu petua untuk dikongsi bersama…ketika merebus daging jangan bubuh garam sebab daging akan lambat empuk..Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN