Masakkan orang putih tapi sesuai juga untuk tekak2 orang tempatan…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Labu & Roti Bawang Putih

Masakkan orang putih tapi sesuai juga untuk tekak2 orang tempatan…

BAHAN-BAHAN

  • 200 g labu kuning, kupas dan potong kecil2
  • 100 g saleri, dipotong kecil
  • 100 g bawang besar, didadu
  • 100 g mentega
  • 50 g tepung gandum
  • 100 ml UHT Whipping Cream
  • 700 ml air
  • Sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah
  • Hirisan parsley untuk hiasan
  • Beberapa potong roti perancis
  • 1 camca besar mentega + 1 ulas bawang putih, dicincang halus
CARA PENYEDIAAN
  • SUP LABU:- Dalam periuk, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang besar dan goreng hingga layu, masukkan saleri dan labu. Kacau goreng hingga wangi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata. Tuang air dan kacau, masak dgn api perlahan hingga labu empuk, sambil terus mengacau. Padamkan api dan biarkan suam.
  • Kemudian kisar hingga halus. Tuang dalam tapis dan tekan dgn spatula hingga menghasilkan puri yg halus. Tuang dalam periuk dan masak kembali atas api perlahan.
  • Masukkan sedikit garam, gula dan serbuk lada sulah, masak hingga pekat sedikit. Akhir sekali masukkan UHT Whipping Cream dan gaul hingga rata. Biar mendidih seminit dua dan boleh diangkat. Tabur cincangan daun parsley sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih.
  • ROTI BAWANG PUTIH:- Sapu setiap keping potongan roti perancis tadi dgn bancuhan mentega dan bawang putih. Panggang atas kuali hingga garing dan wangi. Hidangkan bersama sup labu tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN