Resepi Orang Utara tapi mak sedara yg dok sabah yg ajar. Dulu dia dok perak tapi la nie dah menetap kat Sabah. Jadi chef kat sana, xpasti hotel mana ntah. Terangkat la, so delicious… Nyummy2.. =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Daging Berempah Tumis Darat

Resepi Orang Utara tapi mak sedara yg dok sabah yg ajar. Dulu dia dok perak tapi la nie dah menetap kat Sabah. Jadi chef kat sana, xpasti hotel mana ntah. Terangkat la, so delicious… Nyummy2.. =)

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN A
  • 1 kg daging lembu (dipotong kecil)
  • 2 batang kulit kayu manis, 5 biji bunga cengkih, 5 biji bunga lawang, 5 biji buah pelaga
  • 2 mangkuk air (tambah jika perlu)
  • BAHAN B
  • 1 inci halia, 3 ulas bawang putih, 1 biji bawang besar (ditumbuk sederhana halus)
  • 1 sudu besar lada hitam, 1 sudu besar jintan manis, 1 sudu besar ketumbar, 1/2 sudu jintan putih (dikisar kering hingga halus)
  • 1 mangkuk kecil air
  • 2 sudu besar perencah sup adabi
  • BAHAN LAIN
  • 4 biji ubi kentang (dikerat 4)
  • garam & serbuk perasa
  • daun bawang & daun sup (dihiris kasar)
  • bawang goreng
  • Minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan Bahan A ke dalam periuk. Rebus daging menggunakan api sederhana sehingga daging betul2 empuk. Tambah air jika perlu. *lebihkan air supaya sup banyak.
  • Panaskan minyak ke dalam kuali, tumis halia, bawang besar & bawang putih yg telah ditumbuk tadi. Kacau sehingga kekuningan.
  • Sementara menunggu bawang garing. Satukan 4 rempah yg telah dikisar kering tadi bersama perencah sup dan air. Kacau hingga sebati. Apabila bawang kekuningan masukkan bancuhan rempah tadi ke dalam kuali. Kacau & sebatikan dengan bawang. Kacau selalu hingga pecah minyak.
  • Masukkan kentang ke dalam periuk rebus daging tadi. biarkan lebih kurang 5-8 minit. Setelah daging empuk, masukkan semua bahan2 yg telah kita tumis tadi ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga ubi kentang empuk.
  • Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Setelah masak, angkat sup & hiaskan dengan daun sup, daun bawang & bawang goreng.
  • Sedia dimakan.. =)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN