Bavarois asal dari perkataan Perancis untuk krim pencuci mulut.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Strawberry Bavarois

Bavarois asal dari perkataan Perancis untuk krim pencuci mulut.

BAHAN-BAHAN

  • 300g strawberi
  • 2 biji telur kuning
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 cawan krim segar
  • 90g gula halus
  • 12g gelatin
  • Strawberi untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan gelatin dengan 6 sudu besar air. Kacau dan ketepikan.
  • Buang bahagian hijau strawberi. Kisar biar jadi bentuk puri.
  • Masukkan telur kuning ke dalam periuk. Letakkan gula sikit-sikit sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu. Panaskan dengan api kecil. Sambil tu kacau sehingga gula hancur. Lepas tu padamkan api.
  • Pindahkan no.3 tadi ke dalam mangkuk. Sejukkan dengan lapik ketulan ais di bawah mangkuk. Kacau sehingga jadi pekat.
  • Dalam mangkuk lain, pukul krim segar sehingga pekat.
  • Masukkan no.2 ke dalam no.4 kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pula krim segar yang telah dipukul pekat tadi. Kacaukan.
  • Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan dengan air untuk disejukkan. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN