Italian food,Peruntukan masa dalam 30 minit,senang,mudah dan sedap dimakan tidak kira yang tua atau yang muda.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Spaghetti Cabonara
Italian food,Peruntukan masa dalam 30 minit,senang,mudah dan sedap dimakan tidak kira yang tua atau yang muda.
BAHAN-BAHAN
- 1 Paket Pasta
- 2 Tin Cabonara Prego
- 1 Labu Bawang Besar Bombay ( Potong Dadu )
- 4 Ulas Bawang Putih ( Potong Dadu )
- 2 Kotak Kecil Susu Penuh Krim
- Butter Untuk Menumis
- Cendawan Butang ( Dihiris Nipis )
- Udang & Sotong ( Ikut suka nak letak berapa banyak…nak letak seafood lain or daging cincang pun boleh )
- Bahan Perasa Secukup Rasa
- Cheese & Parsley Flakes untuk ditabur di atas spaghetti selepas masak
CARA PENYEDIAAN
- Rebus spaghetti hingga lembut,masukkan secubit garam dan minyak sedikit,ketepikan.
- Panaskan kuali,masukkan butter dan tunggu hingga cair
- Masukkan bawang besar & bawang putih,masak hingga bawang layu dan mengeluarkan bau harum
- Masukkan pula udang dan sotong,masak sehingga air sotong kering sedikit,selepas itu masukkan pula cendawan butang
- Setelah itu,masukkan Prego Cabonara Sauce kedalam kuali dan terus tuangkan susu penuh krim,jika anda beli susu dalam kotak besar,sukat susu didalam tin Prego tadi,1 tin prego bersamaan dengan 1 tin susu ( yang telah disukat menggunakan tin Prego tadi…paham x??) XD
- Kacau hingga sebati dan pekat,jika x nak pekat boleh tambah air sedikit,masukkan juga bahan perasa
- Boleh lar dihidangkan dan tabur cheese & parsley flakes diatas spaghetti tadi jika suka…selamat mencuba XD
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.