1st time cuba..alhamdulillah boleh dimakan ;)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Soto Nasi Impit
1st time cuba..alhamdulillah boleh dimakan ;)
BAHAN-BAHAN
- 5 ketul ketupat mini-saya guna jenama nona
- 4 ketul ayam-bahagian daging
- * 2 ulas bawang putih,2 ulas bawang kecil&sedikit halia-tumbuk
- * 1 batang kulit kayu manis,3 biji buah pelaga,1 biji bunga lawang&3 biji bunga cengkih
- 1 ketul kiub ayam
- 1 batang salery-potong serong
- Minyak utk menumis
- Air&garam secukupnya
- Bahan2 hiasan:
– Tauhu goreng
-Kacang tanah goreng
-Suhun goreng
-Daun sup - Cili api&kicap-utk sambalnye.
CARA PENYEDIAAN
- Rebus ketupat mini sehingga masak lebih kurang 1jam..sesudah masak toskan sehingga kering&sejuk
- Rebus isi ayam sehingga masak..ambil isi ayam,hiris memanjang/ikut suka.Air rebusan jgn dibuang.
- Panaskan kuali dgn sedikit minyak..tumis bahan2 bertanda * sehingga naik bau.
- Masukkan air rebusan ayam tadi secukupnya utk 2 orang makan.Kalau x mencukupi boleh ditambah air biasa.masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan kiub ayam&batang salery yg telah dipotong.Tggu sehingga mendidih&sup masak.
- Potong ketupat mini kepada 4 bahagian,Masukkan kedalam mangkuk dan isikan sup dan bahan2 hiasan nya.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.