Bagaimana cara nak masak Sos Ikan Bakar Berempah?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sos Ikan Bakar Berempah

Bagaimana cara nak masak Sos Ikan Bakar Berempah?

BAHAN-BAHAN

  • 15 tangkai cili kering  
  • 2 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih  
  • 3 batang serai  
  • 1 sudu teh belacan 
  • ½ inci halia 
  • ( Cili kering, bawang besar, bawang putih, serai, belacan dikisar bersama halia)
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan 
  • ¼  cawan air asam jawa 
  • 2 kiub tomyam 
  • 10 helai daun limau purut (Dikoyak) 
  • 2 kuntum bunga kantan (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)    
  • ½ cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serbuk kari ikan sehingga wangi dan pecah minyak. 
    2. Masukkan air asam jawa, kiub tomyam dan garam. Masakkan sehingga mendidih dan pekat. 
    3. Masukkan daun limau purut, bunga kantan dan bawang besar. Kacau rata dan masakkan sehingga pekat lagi. 
    4. Sedia diperapkan dengan ikan untuk dibakar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN