Seri Kaya buat sendiri, simple jer, tp not bad rasanya…sesuai dimakan dengan roti, ketupat daun palas, lemang and etc…kalau buat sendiri comfirm bersih dan suci!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Seri Kaya Pandan & telur

Seri Kaya buat sendiri, simple jer, tp not bad rasanya…sesuai dimakan dengan roti, ketupat daun palas, lemang and etc…kalau buat sendiri comfirm bersih dan suci!

BAHAN-BAHAN

  • 1. 3 biji telur ayam
  • 2. santan dari 1biji kelapa
  • 3. 2 helai daun pandan
  • 4. 8 sudu gula pasir, 1 sudu dugunakan untuk membuat gula hangus- untuk kaler sekaya
  • 5. secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan periuk (better guna tefal sebab tak melekat), ambil 1sudu gula letak dalam periuk yg panas tadi untuk buat gula hangus. Bila sudah siap gula hangus masukkan santan (tinggal 3 sudu santan untuk dipukul dengan telur) bersama gula dan daun pandan. Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih padamkan api biarkann sejuk seketika.
  • 3 biji telur tadi dipukul bersama dengan santan yang ditinggalkan sedikit tadi.Apabila sudah kembang masukkan kedalam aduan yang telah disejukkan tadi. Kacau sehingga sebati dan campurkan secubit garam untuk lebih lemak dan untuk menghilangkan bau hanyir telur.
  • Masakkan aduan tadi sehingga kering. Apabila sudah kering keluarkan daun pandan dari periuk. Step seterusnya masukkan adunan tadi ke dalam blender (make sure dah bersih blender tu, nanti ade bau cili plak,). Blenderkan adunan tadi seketika. Hasilnya dapat seri kaya yang halus, lembut, lemak dan sedap. Simple aje nak buatnye. Sejukkan seketika dan boleh dimakan.
  • * Rasa manis ikut citarasa. Kalau rasa tak nak kena diabetes kurangkan manis. Gula pasir boleh juga diganti dengan gula kabung atau brown sugar. Ada juga yang sukakan kelainan, daun pandan ditukar dengan vanilla, ok jugak……

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN