sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Tumis Sotong

sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 5 ekor sotong XL (dibersihkan dan dipotong – tak nak potong pun ok)
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 biji bawang merah *
  • 4 sb cili kering kisar
  • 1/2 inci belacan bakar *
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan jus limau kasturi/air asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • sedikit hirisan daun ketumbar – jika suka
  • garam dan gula – jika perlu
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus sotong separuh masak dan tuskan.
  • Kisar bahan2 bertanda *.
  • Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan sos tiram, sos cili, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata2.
  • Masukkan sotong, daun ketumbar, bawang besar dan jus limau kasturi/air asam jawa. Gaulkan sebati.
  • Setelah masak, hidangkan.
  • ***nak pedas lagi boleh tambah cili padi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN