Sesuai makan dengan nasi himpit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Kacang Berdaging

Sesuai makan dengan nasi himpit.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo daging lembu yang berlemak dipotong kecil
  • 2 batang serai, 7 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1/2 inci halia, 1/2 inci kunyit hidup, 1 inci lengkuas. Semuanya dikisar halus
  • 15 tangkai cili kering dikisar bersama 1 inci belacan
  • 2 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit dan ditumbuk kasar, kalau suka boleh campur dengan kacang gajus
  • 5 sudu besar gula merah, 1 sudu besar gula pasir, 1 cawan air asam jawa, 1 cawan santan, garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis dan 1 batang serai diketuk
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan daging berlemak yang telah dipotong kecil.
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar (tak termasuk cili kering) sehingga naik bau! Dah naik bau baru masukkan cili kering kisar dan serai yg diketuk. Kacau-kacau dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan daging berlemak dan kacau sebati, masukkan 1 cawan santan dan kacang tanah yang dah ditumbuk kasar. Kacau-kacau dan biar mendidih atau hingga daging empuk.
  • Masukkan air asam jawa, gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Jika terlalu pekat tambah air atau santan cair. Perlahankan api dan kacau-kacau sehingga mendidih.
  • Rasa masin, manis dan masamnya, jika kurang tambahkan mengikut kehendak. Dah siap! Boleh la hidang dengan nasi himpit.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN