cuci microwave

Setiap rumah pasti wajib ada microwave ni kan? Senang bila nak panaskan makanan dan lauk pauk tanpa perlu menggunakan dapur gas.

Tapi ramai yang ambil mudah dengan tidak mencuci microwave selepas digunakan. Tahukah anda, ia boleh menjadi tempat bakteria berkumpul dan boleh menyebabkan pencemaran makanan.

Maklumkan, microwave pasti akan menjadi kotor kerana percikan makanan ketika ia sedang dipanaskan. Oleh sebab itulah perkakas elektrik ini perlu sentiasa dicuci sekurangnya seminggu sekali.

TIPS PALING SENANG CUCI MICROWAVE

Cara-caranya:

  1. Ambil mangkuk isi air separuh.
  2. Letak lemon sebiji. Perah jus dan hirisan lemon.
  3. Masuk microwave dan panaskan selama 5 minit.
  4. Tunggu 2 minit sebelum buka sebab tak nak bagi wap air dia keluar.
  5. Lap microwave dengan kain bersih. Bau pun harum semerbak lemon gitu.

Kredit: @nawalhudaa