Mudah, pencicah ala Mexico yang di’Melayu’kan. Sedap untuk makan dengan keropok @ kerepek perisa keju.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Salsa Hot Dippers

Mudah, pencicah ala Mexico yang di’Melayu’kan. Sedap untuk makan dengan keropok @ kerepek perisa keju.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1/4 biji lada benggala hijau
  • 1/4 biji lada benggala kuning
  • 2 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah)
  • 1 sudu teh gula
  • Secubit garam
  • Secubit herba campuran kering
  • 1/2 sudu teh sos biji sawi/’mustard’
  • Sedikit cuka makan atau air limau nipis
  • Air
  • Minyak zaitun
CARA PENYEDIAAN
  • Tomato dikisar halus bersama cili padi.
  • Lada benggala hijau, kuning dan bawang besar dipotong dadu.
  • Dengan api kecil masukkan minyak zaitun, bahan yang dikisar halus dan sayuran.
  • Masukkan garam, gula, cuka, air, herba dan sos biji sawi. Kacau hingga sebati.
  • Masak hingga sayur layu. Rasa asam, garam dan gulanya.
  • Sedap dimakan dengan kerepek keju (beli saja di mana-mana). Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN