Senang nak masak ni… sos boleh diguna untuk ayam, pasta dan lain-lain. Ini masakan Perancis yang ada ciri-ciri Asia sebab ada nasi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Salmon Steak Dengan Sos Putih

Senang nak masak ni… sos boleh diguna untuk ayam, pasta dan lain-lain. Ini masakan Perancis yang ada ciri-ciri Asia sebab ada nasi.

BAHAN-BAHAN

  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sangat, saya beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan kentang lenyek atau nasi putih (saya guna nasi Jepun, tanpa cuka) – bagi yang suka makan nasi, masak lah lebih sikit
  • Bahan-bahan untuk sos:
  • 2 sudu besar marjerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan sos dulu:

    Panaskan marjerin dalam periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan-bahan lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.

  • Ikan disalut dengan garam dan lada hitam. Gorengkan dengan minyak zaitun sehingga perang/masak.
  • Letak 1/2 nasi di dalam pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  • Bahan-bahan lain ikut citarasa masing-masing, yang pentingnya adalah sos putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN