Lagi variasi sagu gula melaka. Dapat kat keratan akhbar.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sagu Gula Melaka

Lagi variasi sagu gula melaka. Dapat kat keratan akhbar.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  • Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  • Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  • Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  • Buang daun pandan dan sejukkan.
  • Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  • Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  • Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  • Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  • Siap untuk dimakan!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN