Resepi simpanan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Roti Telur Berinti Pisang

Resepi simpanan

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji telur
  • 4 keping roti putih (dipotong kulit tepi – tapi saya tak potong tak mau membazir)
  • 2 biji pisang masak (dihiris nipis) apa saja pisang yang boleh di makan- berangan/emas/montel
  • 1 sudu besar susu segar
  • sedikit majerin / mentega ~ 1camb
  • garam dan serbuk lada putih secukupnya.
CARA PENYEDIAAN
  • Pecahkan telur, masukkan susu, garam dan serbuk lada putih. Pukul sehingga sebati.
  • Sapukan majerin/ mentega pada roti dan letakkan pisang di atasnya. Kemudian tutup dengan sekeping roti yang lain.
  • Potong roti bentuk segi tiga dan celupkan ke dalam bancuhan telur dan biarkan sedikit meresap.
  • Panaskan kuali dan bubuh sedikit majerin. Letakkan roti yang telah dicelup tadi.
  • Pasrikan roti masak di kedua-dua bahagian dan sisi sehingga kekuningan.
  • Angkat dan boleh di hidangkan bersama salad atau manisan madu dan jem yang masam
  • * Sesuai buat bekal atau berkelah..yang pastinya ia mengenyangkan…serta enak di makan ketika panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN