Dengan cara mudah, all-in-one method, doh yang boleh dipelbagaikan ikut selera dan sesuai buat sarapan dan minum petang…. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Roti Paun Lemak (Tanpa Telur)™

Dengan cara mudah, all-in-one method, doh yang boleh dipelbagaikan ikut selera dan sesuai buat sarapan dan minum petang…. :)

BAHAN-BAHAN

  • 6 cawan tepung gandum – ayak
  • 2 sb yis kering Mauripan
  • 2 sk garam
  • 4-5 sb gula halus
  • 1 cawan susu segar – hangat *
  • 1 cawan air – hangat* (campur bahan *)
  • 4 sb minyak masak
  • secukup inti pilihan
  • mentega atau majerin untuk mengoles
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan 4 bahan pertama dalam mangkuk dan gaul rata.Tuang campuran susu dan air hangat sedikit2 sambil di uli sebati.Masukkan minyak dan uli terus hingga doh menjadi elastik.
  • Tutup mangkuk dan diamkan doh selama 45 min atau hingga kembang 2 kali ganda.
  • Tumbuk2 doh dan bahagi kepada 6-8 bahagian untuk 1 loyang. Isi inti pilihan jika suka (akak buat roti kosong aje), bulat2kan dan susun dalam loyang yang disapu mentega/majerin.
  • Diamkan bebola doh tadi lagi 30 min.
  • Bakar selama 25 min pada suhu 160 min atau sehingga roti kecoklatan mengikut kepanasan oven masing2. Keluarkan roti dan segera sapu permukaan roti dengan mentega/majerin supaya kelihatan kilat.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN