Kedai Makan Yang Menyajikan Rendang Paling 'TOP' Di Malaysia

Bila kita dah masuk musim raya ni kan, mesti kita teringin makan rendang yang sedap dengan gabungan nasi impit, ketupat dan lemang pulak fuh memang layan. Tapi, nak cari kedai makan yang menyajikan rendang yang sedap ni agak susah kan? Haa sekarang anda tidak perlu risau lagi sebab di dalam artikel ini kami akan menyenaraikan kedai makan yang menyajikan rendang paling TOP di Malaysia.

Kedai Makan Yang Menyajikan Rendang Paling TOP Di Malaysia

1. Opium KL

Kedai Makan Yang Menyajikan Rendang Paling TOP Di Malaysia

Opium KL telah ditubuhkan pada 12 Julai 2014 dan merupakan cawangan menarik kerana mereka menyajikan makanan orang Asia, antara menu mereka yang unik adalah Phoenix Dumplings, Beef Brisket & Tendon Stew, Fern Leaf Salad and Crispy Duck Noodles, haa ni baru sikit je tau.

Hidangan rendang di sini menampilkan kelainan yang menarik.  Ia disediakan dengan Daging Wagyu dalam periuk hitam dan sepinggan nasi putih, teksturnya lebih pekat berbanding kebanyakan hidangan rendang yang lain.

Tema restoran ini diilhamkan oleh sejarah Candu di timur, ia penuh dengan artifak seperti katil candu dan paip, periuk wain Cina yang besar dan kawasan komunal gaya 1930-an.

2. Old China Café, KL

Kedai Makan Yang Menyajikan Rendang Paling TOP Di Malaysia

Old China Café terletak di Petaling Street dan ia merupakan salah satu restoran yang famous dengan hidangan rendang yang legend di KL.

Kafe ini dihiasi dengan perhiasan dari zaman dahulu. Ia dilengkapi dengan sisa-sisa pesona dunia lama yang asli dan ia menunjukkan pesona sejarah dan kemewahan budaya Cina. Rendang daging mereka memang cukup terkenal dan tidak pernah mengecewakan pelanggan di sini, ia dihidangkan bersama nasi putih. Ramai pelanggan yang datang kat sini mengatakan bahawa tidak ada restoran lain yang dapat menandingi rendang di Old China Cafe ini.

3. Madam Kwan’s, KL

Kedai Makan Yang Menyajikan Rendang Paling TOP Di Malaysia

Madam Kwan’s ni memang dah cukup terkenal di Malaysia, terdapat banyak cawanga restoran ini ni kebanyakkan pusat membeli belah di KL.

Di sini,  hidangan mereka adalah menggunakan gaya Nyonya.Haa menu rendang daging mereka memang cukup TOP la di sini kerana rasanya yang pekat dan pedas pasti akan memikat cita rasa anda. Rendang di sini biasanya dihidangkan bersama sepinggan nasi putih panas yang dikukus, timun, separuh telur rebus dan tambahan lain yang anda mahu. 

4. Pia’s the Padi, Langkawi

Kedai Makan Yang Menyajikan Rendang Paling TOP Di Malaysia

Jauh dari kesibukan bandar Kuala Lumpur, ada sebuah restoran yang dinamakan Pia’s the Padi di Langkawi, memang cukup terkenal dengan pelancong luar.

Apa yang menariknya di sini, anda akan makan di sebelah sawah padi yang tenang tau. Ramai pelanggan di sini mengatakan memang tenang jika makan di sini kerana suasana dan konsep restoran ini dengan gaya traditional dihidangkan pula dengan makanan yang sedap di sini.

Rendang daging mereka adalah salah satu menu terkenal di restoran ini kerana rasanya yang agak unik daripada di KL kerana mereka mencampurkan sayur-sayuran di dalam rendang ini.

5. Aunty Aini’s Garden Café, Negeri Sembilan

Kedai Makan Yang Menyajikan Rendang Paling TOP Di Malaysia

Siapa je tak kenal Aunty Aini ni kan? Haa kat sini memang dah terkenal dengan mereka punya rendang dan Masak Lemak Cili Api tau!

Rendang daging kat sini memang sangat lembut, pedas dan dengan tekstur yang memang perfect lah. Bagi anda yang tidak tahu, pakar makanan terkenal Anthony Bourdain juga pernah mengunjungi Aunty Aini’s Garden Café. Haa jadi restoran ni memang dijamin sedaplah!

6. Ivy’s Nyonya Cuisine, Penang Island

Kedai Makan Yang Menyajikan Rendang Paling TOP Di Malaysia

Tersembunyi di kedalaman Pulau Pinang, anda akan menemui sebuah kedai makan kecil yang menarik ini. Walau bagaimanapun, anda jangan tertipu dengan kedai mereka ni sebab Ivy’s Nyonya Cuisine ni ada menyediakan hidangan yang sangat sedap.

Rendang daging lembu di sini dikenali sebagai salah satu pilihan menu yang paling popular dan ramai pelanggan akan mengesyorkannya. Rendang mereka memang sangat pekat dan berperisa.

Sumber: TripZilla 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN