Untuk yang gemar makan tauhu macam saya…! Resepi nih pun saya belajar melalui internet dari mana kurang pasti ..yang pastinya..sedap..cubalah..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rojak tauhu

Untuk yang gemar makan tauhu macam saya…! Resepi nih pun saya belajar melalui internet dari mana kurang pasti ..yang pastinya..sedap..cubalah..

BAHAN-BAHAN

  • 5 keping tauhu
  • 1 biji timun sederhana besar
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • secawan kacang tanah
  • 5 susu besar gula merah (bukan brown sugar)
  • 4 sudu besar kicap
  • sedikit air asam jawa ( terpulang..nak masam lebihkan..)
  • sedikit kunyit dan garam untuk rendam tauhu
  • 5 sudu besar air
CARA PENYEDIAAN
  • Goreng kacang tanah. sejukkan dan buang kulit. Dikisar kasar.
  • Tauhu dipotong 2, rendam dalam air yang telah di campur dgn sedikit kunyit untuk 5minit.
  • Tauhu di goreng garing. Ketepikan.
  • Potong dan hiris timun serta sengkuang
  • Kisar bawang putih bersama cilipadi.
  • 5 sudu air digunakan untuk melarutkan gula merah. Tapis ke dalam mangkuk.
  • Campurkan bahan kisar dgn gula tadi dan masukkan kicap diikuti dengan air asam jawa.
  • Kacau semuanya dan rasa. kalau ade yang tak cukup..pandai2 la tambah ye..
  • Sekarang hidangkan tauhu yang telah digoreng diatas pinggan, letakkan sedikit timun dan sengkuang. Siram sedikit kuah..dan taburkan dgn kacang kisar tadi… macam gambar .
  • selamat mencuba…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN