Hasil skodeng dapur Tanpa Sempadan…cari link tapi xjumpa plak…tapi memang sgt sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Ayam gaharu

Hasil skodeng dapur Tanpa Sempadan…cari link tapi xjumpa plak…tapi memang sgt sedap!

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN-BAHANNYA :
    1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
    3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
    500 ml santan
    2 camca besar kerisik
    3 keping asam gelugor
    2 camca besar rempah kari
    1 1/2 camca besar cili kisar
    1 camca besar gula
  • BAHAN KISAR HALUS :
    1 biji bawang besar
    5 biji bawang merah
    4 ulas bawang putih
    1 1/2 inci halia
    1 inci lengkuas
    3 biji buah keras
    1 inci belacan
    5 batang serai, hiris halus
    1 inci kunyit hidup
    25 biji cili padi siam
  • BAHAN TUMIS :
    1 batang kayu manis
    2 kuntum bunga lawang
    4 biji bawang merah, hiris halus
    2 ulas bawang putih, hiris halus
CARA PENYEDIAAN
  • CARA MEMBUATNYA :

    Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
    Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
    Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap.
    Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti…

  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN