pencuci mulut, boleh buat hidangan utk majlis makan2 kecil-kecilan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rainbow Pudding

pencuci mulut, boleh buat hidangan utk majlis makan2 kecil-kecilan

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket agar-agar strip
  • 1.3 liter air
  • 200 ml susu cair
  • 1 mangkuk gula atau secukupnya ikut tekak masing-masing
  • Pewarna biru, merah, hijau, kuning, oren, ungu
    – Kalau takde ungu, campurkan merah dgn biru
    – Kalau takde oren, campurkan merah dgn kuning
CARA PENYEDIAAN
  • Masak agar-agar, gula dan air atas api perlahan.
  • Bila gula dan agar-agar larut, masukkan susu cair.
  • Bila larutan puding sudah betul-betul larut rata, sukat 260ml dan masukkan pewarna (merah). Kacau hingga rata dan masukkan dalam acuan.
  • Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 10 minit atau hingga puding hampir keras dan masih suam.
  • Ulang langkah ketiga dan keempat dengan warna seterusnya; oren, kuning, hijau, biru dan ungu.
  • Untuk lapisan kedua hingga yg terakhir, sejukkan dalam peti ais utk 5 minit atau hampir keras.
  • Nota: Saya guna acuan besi muffin 6 inci tinggi, jadi setiap lapisan tebalnya lebih kurang 1 inci. Jadi dapat 20 biji.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN