Fav arwah nenek ni..tiap kali balik cuti mesti kena buat..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Putri Mandi
Fav arwah nenek ni..tiap kali balik cuti mesti kena buat..
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung beras
- 2 cawan air + garam
- 1 biji kelapa parut – jadikan 3 cawan santan
- 1 cawan gula merah
- 1 cawan gula pasir (boleh kurangkan)
- garam – secukup rasa
- 2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan tepung pulut dan tepung beras – masukkan air garam sikit-sikit. gaul sehingga sebati dan tidak melekat kat tangan (mcm buat buah melaka)
- Didihkan air setengah periuk.
- bulatkan tepung kecil2 seperti biji guli, penyekkan tengah-tengah dan masukkan ke dalam air yg mendidih. Buat sehingga habis.. bila masak tepung akan timbul. Sauk dgn penapis dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air supaya tak melekat.
- Untuk kuahnya: satukan santan, gula merah, gula pasir, daun pandan ke dalam periuk. Kacau sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
- Tapis putri2 tadi dan masukkan ke dalam kuah. Dah siap..
- Nota: boleh juga ditambah sagu mata ikan dan pisang kalau suka..!!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.