Satu lagi makanan tradisi melayu berasaskan pulut…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pulut Panggang

Satu lagi makanan tradisi melayu berasaskan pulut…

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan beras pulut
  • 4 cawan santan
  • Garam secukup masin
  • Serunding daging secukupnya (lebih kurang dalam 1 mangkuk)
  • Beberapa helai daun pandan
  • Daun pisang secukupnya (dalam 4 keping lebar pelepah pisang)
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci beras pulut dengan air suam.
  • Masukkan santan + garam + daun pandan.
  • Tutup dan masukkan dalam ketuhar – tekan pada tetapan ‘Rice’ atau tetapkan masa sekitar 15 minit (kacau setiap 5 minit supaya pulut masak rata).
  • Bersihkan daun pisang dan layur atas api kemudian potong panjang 10 inci dan lebar 5 inci. Setelah itu, ambil sehelai dan sapukan sedikit marjerin di atasnya.
  • Ambil 2 sudu besar pulut dan letak atas daun pisang.
  • Ambil 1-2 sudu makan serunding daging dan letak di tengah-tengah pulut tadi.
  • Tutup inti serunding daging dengan temukan kedua-dua hujung pulut supaya tertutup.
  • Gulungkan daun pisang dengan rapi serta padat dan pinkan dengan lidi dihujungnya.
  • Letak atas api dan balik-balikkan hingga garing.
  • Makan masa panas-panas…sedap!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN