Dapat idea bila ada banyak sangat mince meat n nenas kat dalam icebox

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puff Daging Bernenas

Dapat idea bila ada banyak sangat mince meat n nenas kat dalam icebox

BAHAN-BAHAN

  • Puff Pastry jenama Kawan
  • Daging mince 300 gram
  • Bawang Besar di dadu 1 biji
  • Nenas tin 2 keping (saya guna nenas segar)
  • Cendawan butang 5 biji
  • Lobak merah 1 batang
  • Cili boh 1 sudu
  • Tomato sos 2 sudu
  • Cili sos 2 sudu
  • Bawang Putih untuk menumis
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup (optional)
  • Kuning telur
  • Sedikit air
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan sos tomato dan sos cili, kemudian masukkan daging dan sedikit air dan renehkan.
  • Apabila kering, masukkan lobak merah dan cendawan butang dan biarkan empuk. Kemudian masukkan nenas dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan sehingga air kering.
  • Letakkan inti di atas puff pastry, lipatkan dan tekan hujung dengan garfu.
  • Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 180degree selama 10~15 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN