Pencuci mulut yang mudah untuk disediakan. Resipi dari Kak Hanieliza.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Roti Caramel

Pencuci mulut yang mudah untuk disediakan. Resipi dari Kak Hanieliza.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A :
  • 1/2 cawan gula, dicairkan dalam loyang yang nak dikukuskan nanti
  • Bahan B :
  • 1 buku roti
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air buah dari koktel buahan/pic, asingkan air dan buahnya
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • Untuk Hiasan :
  • 1 tin koktel buahan/pic
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kukusan.
  • Gaul rata semua Bahan B kecuali koktel/pic.
  • Masukkan bancuhan kedalam loyang dimana gula telah dicairkan tadi.
  • Tutupkan loyang dengan plastik nipis.
  • Kukus selama 30 minit.
  • Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
  • Susunkan isi buah koktel atau buah pic.
  • Sejukkan dan boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN