scallop goreng cili benggala

Jom cuba masak Scallop Goreng Cili Benggala. Bagi yang tak pernah merasa, rasanya sama seperti makanan laut kerang tetapi lebih banyak isi. 

Untuk pengetahuan anda, Scallop atau Kekapis ini ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan.

Baca juga: Seafood Lasagna Ala Pizza Hut Cara Mudah, Memang ‘Repeat’ Nak Makan Lagi!

Scallop atau kekapis ini dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah.

Racun, bakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut.

Teksturnya agak kenyal dan rasanya seakan siput lala. Kalau nak masak style ini, memang harus bersihkan bahagian dalamnya yang berlumpur.

Ikuti resipi dari perkongsian Ceruk Dapor dari laman Facebook ini. 


RESIPI SCALLOP GORENG CILI BENGGALA

scallop goreng cili benggala

Bahan-bahan: 

  • 15 ekor scallop (kekapis)
  • 1 biji cili benggala hijau|potong dadu
  • 4 ulas bawang putih|cincang
  • 3cm halia|mayang halus
  • 15ml sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.

2. Masukkan kekapis, cili benggala dan sos tiram.

3. Tambah sedikit air. Masak untuk beberapa minit.

4. Tambah garam, lada sulah serta lada hitam secukup rasa sebelum dihidangkan.

Info tambahan:

Pastikan cengkerang scallop (kekapis) dibersihkan sebelum dimasak untuk membuang segala kekotoran dan pasir yang mungkin terlekat bersamanya.


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Tip Bersihkan Lala Yang Berpasir Atau Busuk, Ikut Je Cara Ini Lepastu Dah Boleh Simpan Dalam Freeze!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN