Sesuai untuk hantaran…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Puding Buah Peach

Sesuai untuk hantaran…

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus agar-agar
  • 6 gelas air
  • 1 cawan gula (kalau nak manis, tambah lagi)
  • 4 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu esen vanila (jika suka)
  • 1 tin buah peach (tuang air buah ke dalam gelas lain. Baki buah peach tadi, dipotong dadu)
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 1/2 cawan sagu (direbus dan diwarnakan merah)
CARA PENYEDIAAN
  • Rendam agar-agar terlebih dahulu kemudian masukkan 4 gelas air ke dalam periuk. Rebus sehingga agar- agar hancur.
  • Sementara itu, susun buah peach dan buah ceri dalam acuan.
  • Ambil sedikit adunan agar-agar dan curahkan ke dalam acuan yang sudah disusun buah peach dan ceri sehingga sama paras atau tenggelam sedikit buah tersebut. Tunggu sehingga agar-agar keras.
  • Air buah tadi dicampur dengan air biasa menjadi dua gelas air. Curahkan ke dalam periuk berisi lebihan agar-agar tadi.
  • Bancuh tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan ke dalam adunan agar-agar diikuti dengan esen vanila, telur, susu cair dan tunggu sehingga mendidih.
  • Curahkan sedikit demi sedikit ke dalam acuan berselang-seli dengan buah peach yang dipotong dadu dan sagu sehingga habis.
  • Biarkan sehingga sejuk dan bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN