Resepi ni ringkas dan senang. Seem husband saya mat saleh so saya tak letak macam2 bahan,nnt husband x makan hihihi bahan penting sahaje
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Popiah Goreng (Ayam Kentang)
Resepi ni ringkas dan senang. Seem husband saya mat saleh so saya tak letak macam2 bahan,nnt husband x makan hihihi bahan penting sahaje
BAHAN-BAHAN
- Inti Popiah (Ayam Kentang)
- **3 gengam penuh isi ayam cincang
- **3 Biji Kentang (potong dadu dan rebus)
- **Setengah sudu teh Jintan Manis
- **Setengah sudu teh Jintan Putih
- **3 sudu teh penuh serbuk kari
- **10 ulas bawang putih
- **3 sudu besar Minyak masak
- **Serbuk perasa dan garam secukup rasa
- Bahan untuk kulit Popiah
*20-25 keping Kulit Popiah
*Sebiji telur (pukul)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak,masukkan bawang putih,goreng hingga agak2 kuning
- Masukkan ayam,masak hingga putih selepas tu masukkan jintan manis dan jintan putih,gaul hingga sebati
- Setelah sebati,masukkan serbuk kari dan gaul hingga rata
- Selepas gaul rata ayam dan serbuk kari,masukkan kentang dadu yang telah direbus tadi.Masukkan serbuk perasa dan garam secukup rasa dan gaul hingga minyak agak2 kering.
- Dah siap angkat ayam dan kentang tadi ke pingan yg lebar supaya cepat sejuk.
- Masa untuk masukkan inti ayam dan kentang tadi ke Kulit popiah dan gulungkan ikut kreativiti masing2 ;-) Jangan lupa setiap kali lipatan yg terakhir mesti di salut sedikit telur untuk dijadi seperti gam ;-D
- Setelah siap keje mengulung atau melipat kulit popiah tadi,masa untuk mengoreng!! Yeppii….Panaskan minyak dan goreng hingga popiah tadi menjadi kuning emas,Ingat!! jangan goreng sampai hanggus pula hehehe Selamat Mencuba
- Klik untuk isi cara-cara di sini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.