Resepi yang sangat mudah. Boleh guna apa saja yang ada di dalam freezer anda. Masa menyediakannya cuma 30 minit je….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pizza roti sardin

Resepi yang sangat mudah. Boleh guna apa saja yang ada di dalam freezer anda. Masa menyediakannya cuma 30 minit je….

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji bawang besar (bahagi 2 : 1 bahagian dipotong dadu, 1 bahagian lagi dipotong kasar-kasar)
  • 1 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 1 biji capsicum (dipotong dadu)
  • 1 tin kecil sardin (buang tulang dan dilenyek-lenyek…guna sardin cap ayam sedap0
  • 6 keping roti Gardenia (apa-apa jenis pun ok)
  • Sos spagetti Prego (sos tomato pun boleh)
  • Lada sulah dan garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • Keju (apa-apa jenis pun boleh…saya guna cheddar cheese cratf sebab tu yang ada dlm freezer…keju ni saya potong panjang-panjang)
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang besar (yang didadu) dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan sardin yang telah dilenyek-lenyek dan gaul sebati.
  • Masukkan capsicum, bawang besar yang dipotong kasar-kasar tadi.
  • Masukkan jus lemon, garam dan lada sulah.
  • Susun roti dalam loyang dan sapukan sos spagetti di atasnya.
  • Sapukan bahan-bahan yang telah ditumis dan ratakan.
  • Tabur/susun keju di atasnya dan bakar di dalam oven pada suhu 175 darjah Celcius selama 15 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN