Jangan ikut toping macam ini..hamba suka bawang sebab tu penoh kat atas tuh..sila ikut selera anda..ini hanya cadangan hiasan..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pizza hamba mengkuang layu

Jangan ikut toping macam ini..hamba suka bawang sebab tu penoh kat atas tuh..sila ikut selera anda..ini hanya cadangan hiasan..

BAHAN-BAHAN

  • 250gm tepong berprotin tinggi.(tepong roti).
  • 1/2 peket (6gm ) yis segera mauripan
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam.
  • Cili sos kimball atau sos tomato(pilihan).
  • 1 tin sardin tin kecil atau tuna.
  • 1 biji limau nipis.
  • 5 btg sosej(hot dog). Pilihan ikut suka anda.(ayam,udang,dll)
  • 1 biji bawang holland(kuning).
  • (lain2 bahan untuk topping adalah mengikut selera anda,cadangan:cendawan, cili hijau, nenas dalam tin)
  • Cheese yang diparut. Cedar cheese atau susah2 cheese kraft single tu je.
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul tepong dengan yis, gula dan garam.
  • Bubuh air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh yang kenyal.
  • Biarkan doh dalam bekas tertutup 1 jam sehingga doh naik.
  • Griskan dulang pembakar dengan marjerin.
  • Taburkan sedikit tepong atas doh dan tumbuk2 doh dengan tangan. Kenapa? ikut je laa.
  • Ratakan doh atas dulang pembakar dengan menekan nekan doh dengan jari. Tinggikan sedikit bahagian tepi.
  • Tuang cili sos atau tomato sos dan ratakan dengan sudu.
  • Jika anda guna sardin, hancurkan dulu sardin dengan sudu dan gaulkan dengan air limau nipis. Kemudian ratakan.
  • Lain 2 bahan topping seperti bawang, cendawan, sosej, ayam, cili hijau, lada benggala atau apa saja kesukaan anda adalah terpulang kepada anda dan aturkan sama rata.
  • Akhir sekali taburkan cheese cedar parut sebanyak mana kesukaan anda atas kemampuan anda.
  • Bakar dalam oven selama 60 minit atau sehingga menjadi perang keemasan.
  • Makan masa panas dan kalau berpuasa setkan masa membakar supaya dapat makan masa berbuka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN