Bagaimana cara nak masak Pindang Ubi Kayu?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pindang Ubi Kayu

Bagaimana cara nak masak Pindang Ubi Kayu?

BAHAN-BAHAN

  • 1 ketul ubi kayu (Dipotong kecil) 
  • 3 cawan air 
  • 2 keping ikan masin 
  • 3 biji cili merah 
  • 5 biji bawang merah 
  • 1 cawan air
  • Sedikit belacan 
    (Cili merah, bawang merah & belacan dikisar bersama air)
  • 1 batang serai (Diketuk) 
  • 3 keping asam gelugur
  • ½ sudu teh serbuk kunyit 
  • 3 tangkai daun kesum 
  • Garam secukup rasa (Sekiranya perlu)
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh ubi kayu dan dituskan airnya. 
    2. Masukkan ubi kayu, air, dan garam ke dalam periuk dan rebuskan sehingga ubi kayu empuk. 
    3. Masukkan ikan masin, bahan yang dikisar, serai, asam gelugur, serbuk kunyit, dan daun kesum. 
    4. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga ubi empuk dan kuah agak pekat. 
    5. Sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN