Resepi dari kawan diubahsuai sikit.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pau Kari Ayam

Resepi dari kawan diubahsuai sikit.

BAHAN-BAHAN

  • 500gm tepung (saya guna tepung pau)
  • 50gm minyak/lemak sayuran
  • 6gm yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100gm gula (saya guna 80gm je)
  • 250gm air suam
  • Untuk inti kari ayam:-
  • @2 ketul isi ayam-dipotong dadu
  • @2 biji ubi kentang-dipotong dadu
  • @1/2 biji bawang besar-dipotong dadu
  • @2 sudu besar rempah kari basah/serbuk kari ayam
  • @garam dan serbuk perasa
  • @2 sudu besar minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk. Gaul rata. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga lembut.
  • Tutup dengan plastik dan biar selama 10 minit.
    Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat-bulat kecil.
  • Leperkan dan isi inti di dalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang. Biar lebih kurang 1 jam.
  • Kukus selama 10 minit.
  • Untuk inti:- Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
  • Masukkan rempah kari hingga naik baunya, masukkan ubi kentang dan ayam dan sedikit air. Masak hingga lembut.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam. Masak sedikit kering seperti inti karipap.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN