Idea dari Mamafami FP. Memang sedap!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Paratha Puff

Idea dari Mamafami FP. Memang sedap!

BAHAN-BAHAN

  • Roti canai segera – saya guna jenama Kawan
  • 1 tin tuna (dalam tin)
  • *6-7 tangkai cili kering
  • *Bawang putih, bawang merah, halia dan serai
  • Garam, gula dan sedikit kiub ikan bilis
  • 1 biji telur – pukul sikit
  • Mentega untuk menggris
  • Minyak untuk menumis
  • Air asam jawa
CARA PENYEDIAAN
  • Inti: Kisar bahan * hingga halus. Boleh tambah belacan jika mahu. Tumiskan hingga garing.
  • Masukkan air asam jawa. Biar pekat kemudian bolehlah di tambah garam, gula dan kiub secukup rasa. Biar pekat lagi. Tutup api.
  • Satukan sambal dengan tuna (tanpa air/minyak tuna). Hancur-hancurkan dan gaul rata.
  • Potong paratha kepada 3-4 bahagian.
  • Letakkan inti di atas, lipat dan tutup rapat. Guna garpu untuk tekan.
  • Susun atas tin yang telah dilenser.
  • Sapu telur rata-rata, hiris-hiris atasnya dengan pisau dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN